May 17, 2009

guru oh guru......

Jika hari ini seorang menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru.....

.........

Guru...dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
Dalam tawa ada mesranya
Dalam diam ada bijaksana
Dalam tangannya kita terbina...

...............

Adakala kita dicaci,
adakala kita dimusuhi,
adakala kita dimarahi,
adakala kita tidak dihargai,
Tapi.....
kita tetap tersenyum pilu,
kita tetap mara melangkah,
kita tetap sabar dan tekun,
kita tetap jitu dan ikhlas....

......
Dulu DIA rotan, kau kat DIA garang,
bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas,
bila DIA marah2, kau kata DIA melampau,
KINI, KAU adalah DIA....

--------
Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia...
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata...
Dapat PEMADAM?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta...
Dapat MESEJ?
Tanda guru selalu diingatan.....



Selamat hari guru buat semua...

May 8, 2009

ibu bapa mesti up-to date

dalam menempuh dunia global sedar tak sedar, rupa-rupanya kita ibu bapa masih kurang ilmu.....
walaupun kita dalam dunia pendidikan, masih banyak yang kita tak tau terutama dalam menentukan pendidikan anak-anak...

bila anak sulong kami, bakal menempuh pendidikan tinggi selepas spm, kami bagai hilang arah, tak tahu mana nak pilih terutama bila tgok anak orang lain dah dapat tawaran yang mereka pilih, anak kami pula tak dapat jurusan yang dia nak.Tambahan pulak ada org beri pandangan begitu dan begini., yg tiada kesudahannya sehingga kami juga buntu memikirkannya.bagai kucing hilang anak saya menelefon adik beradik tanya pendapat, mujur ada juga tempat untuk merujuk... tq sis/bro for that. bukan apa saya kesian kan my hubby... walaupun dia nampak biasa tapi saya tau dia tertekan. al-maklum anak sulong . tentulah dia mengharapkan yg terbaik untuk si sulong kerana dialah yang akan menjadi pendorong adik-adiknya nanti.

sy juga kasihankan anak sulong kami.... saya tau dia juga tertekan. nasib la dia anak yang baik, hanya menurut apa yang kami sarankan, tak pernah membantah. moga-moga long dapat apa yang dicita-citakanya.

dalam termanggu kami masih mengharap agar long akan mendapat tawaran yang lebih baik dr yang telah diterima. kami masih menunggu...... tawaran jpa hanya akan dapat diketahui selepas pukul 3 ptg ni, lagi setengah jam.... tak lalu makan kami dibuatnya. harap-harap permohonannya berjaya meleraikan kekusutan kami...

kalu tak berjaya apa yang boleh kami buat mungkin ada kesilapan kami ....... apapun hari isnin ini, kami telah putuskan untuk ke matrik pahang kecuali ada tawaran yang terbaik untuknya.

Selepas ini kena lah timba ilmu pasal pendidikan tinggi.Moga-mogajadi pengajaran buat kami untuk anak-anak yang akan datang......