September 26, 2009

"dilema oh dilema"

Rasa-rasanya hidupku memang terbelenggu dengan dilema...dah nasib badan "apa nak buat"... Masuk je bulan puasa , kepala ku terus berputar ligat memikirkan bagaimanakah rayaku kali ini. Hati memanglah nak balik raya di GS bersama mek dan keluarga terciNta yang bakal pulang berhariraya....tapi apakan daya situasi tidak mengizinkan.

kalau balik seorang tak ada makna perkahwinan ini...(sedangkan itulah yg terlintas dibenakku, tapi kalau aku buat begitu tentu orang kata zalim meninggalkan suami dan anak-anak tiri). sedangkan raya "lima tahun" yang aku lalui cukup memilukan tanpa sebuah keluarga yg lengkap. apa lagi bila melihat saudaraku begitu gembira dengan keluarga masing-masing.Aku hanya mampu menyibukkan diri di dapur untuk menghilangkan rasa resah. Cukuplah,aku tak sanggup lagi untuk menempuhnya. Aku memang tak sanggup untuk bersendirian seperti dulu. Kalau orang lain tak mahu kahwin tak taulah . Aku memang tak sanggup untuk menempuhnya sekali lagi hanya kerana bergaduh nak pulang raya. Biarlah ku pendam keseronokkan raya bersama ahli keluargaku.... doaku moga-moga Allah akan makbulkan juga hasratku suatu hari nanti.

Malas nak berebut suami dengan anak-anak. aku nak beraya dengan suamiku di GS, anak-anak pula nak beraya dengan ayah mereka di Dabong. Kasihan suamiku.Kalau aku berkeras tentu suami akan beraya denganku tanpa anak-anaknya. tentu aku yg dianggap tak adil malah zalim .....

Keputusannya kami beraya dirumah sendiri belah pagi dan pulang rumah keluarga belah petang.Membiarkan anak2 pulang sendirian ke rumah datuk mereka. Dalam hati seronoklah tapi bila tengok suami bengang semacam bila anak2anak tiada, berkurung dalam bilik kat atas, pas tu asyik telefon mereka je, tiada gunanya juga. Nak tak nak beraya sekejap je la dengan keluarga sendiri.Ingatkan anak-anak bolehlah beraya lama sikit dengan datuknya tapi suami pulak yg tak boleh berenggang dengan anak.Maka aku hanya dapat sehari bersama keluargaku dan anak2 juga dapat sehari bersama datuknya. ....

Buat panduan semua jagalah suami/isteri jangan sampai bercerai- berai kerana mengikut pengalamanku perkahwinan kali kedua walaupun banyak yg lebih baik dari dulu tapi kena banyak berkorban perasaan....

Terima kasih buat keluarga abang mad, terutama kak ani kerana banyak membantu mek yang tak dapat aku laksanakan kali ini....(Malam raya termenangis sendirian teringatkan mek sibuk nak buat persiapan raya )

Buat anak sedara tersayang , kalu boleh kembalilah bersatu dengan suami, kasihan anak-anak yg kehilangan ayah di pagi raya , sayu pilu hati ini melihatnya. meskipun anak-anak belum mengerti tetapi nampak diwajahnya yg berlainan apabila ibubapa anak2 lain ada bersama. Buang yang keruh ambillah yg jernih. Jangan diungkit perkara lalu, jadikan lah teladan. hati sukar dibohongi sebenarnya, berilah peluang kedua untuk memperbaiki diri. Janganlah kita ego semata-mata nak tunjukkan kita keras atau benar. Dengarlah bisikan kata hati sendiri..... carilah peluang atau orang yg disegani untuk berbincang demi kehidupan kita dan anak-anak. Nak membina perkahwinan semula dengan yg lain kena fikir banyak perkara terutama anak2.

August 26, 2009

"balik ke kebun datuk"...??? (ke kebun Ana)

Semenjak sekolah sering sy baca cerita-cerita ini dalam buku pelajaran...
Bila dah jadi guru, topik ni pun selalu sy baca sebagai rujukan untuk mengajar murid-murid mengarang, dan bagi sy suasana yang digambar kan oleh penulis cukup mengimbau ('Mengkhayalkan sy" )mengenainya.......dan tajuknya memang itu la sejak dulu-dulu ... Balik ke ke kebun datuk


Kat kg GS memang ada kebun buah-buahan di belakang rumah yg diusahakan oleh arwah abah. Dan bukan sekali malah selalu sy masuk sejak zaman sekolah lagi, tambahan pula waktu tu hanya sy seorang yg menetap di kg ,jadi kerap sangat la ke situ sama ada ambil hasilnya atau saje-saje bawa diri....... tapi tak terasapun ke kebun seperti yg digambarkan itu......


Tapi bila sy berpeluang (2kali ) ke kebun Ana untuk mengambil buah rambutan sangat2 terasa seronoknya ke kebun...terasalah seperti suasana yg digambarkan....


he..he..he... dah tua-tua pun masih lagi berangan untuk ke kebun datuk walhal kita pun dah tua bakal jadi datuk/nenek.... terasa nyaman dan tenang bila ke kebun ana ...tambahan pula ada jeram kecil yg melalui tanahnya, betul-betul mengasyikkan....


Dan tambah bangga lagi bila cerita kat kawan sekolah pasal kebun ana. kawan-kawan sekolah terkejut "baru lagi duduk sini dah ada kebun"?. dia orang yg sejak lahir duduk di padang luas tupun belum ada kebun. sebagai kakak tentulah sy amat berbangga dengan adik sy ni,, walaupun suaminya yg usahakan tapi tu harta sepencarian dia la...


Buat ana nanti jemput la lagi ke kebun... (kakak yg tak tau malu...he..he..he..)

August 17, 2009

"Binjai"

Buah apa ni? Tak tau la my sis and anak buah kenal ke tidak buah ni....
Me? Sejak kecil lah kot. Cuma tak ingat ketika usia berapa? Yang ingatnya arwah abah gemar buah ni. Dia potong kecil dan jeruk dalam guri(bubuh Garam). Setiap kali makan nasi ,dia ambik sekeping bubuh dalam budu... rasa-rasanya sekeping sekali make nasi. ingat-ingat lupa... tapi buah binjai tu tak pernah la lupa. Cuma waktu tu ,tak terasa pun nak makan buah binjai ni. Tak terliur pun.

Rupa paras buah itu sendiri tidaklah "mengiurkan" . Dengan warnanya "koko" lebih kurang bentuk buah macang atau pauh.Isinya putih lembik. Baunya ya Allah busuknya...

2007.sy berpindah sekolah ke sk bkt Awang, sebuah sekolah terpencil di daerah PP.
Waktu itu kawan-kawan kat sekolah asyik makan colek buah binjai.Buah binjai dipotong kecil dan ditabur dengan gula dan garam. Tengok dia orang makan dengan meleleh dicelah-celah jari, rasa "jijik" gak la.Apa lagi bila tengok dia orang "kulum" biji yg hampir sama besar dengan buah, pas tu jilat-jilat pulak jari , Ya Allah gelinya. Tak terliur langsung.

2008 sekali lagi bila tiba musim buah binjai, ramailah dok makan buah ni kat sekolah.Tak terliur pun nak makan. bila di ajak kawan-kawan, sy cakap tak reti nak makan buah binjai sebab dulu selalu tengok arwah abah makan dengan nasi.Last-last try la jugak makan. Tak da la sedap sangat... boleh la makan tapi tak lah sampai meleleh kat jari seperti kawan-kawan makan. Baunya tak la busuk sangat, boleh la cium.

Sewaktu ke Temangan untuk menyaksi 4x4 , ternampaklah buah ni dijual di tepi jale di Machang. 4 biji RM 10 ringgit. Mahalnya mengalahkan buah epal. Tapi hati tertarik nak beli, jadilah juga beli 2 biji.Bila balik rumah , cubalah buat seperti yang kawan-kwan makan. rasa kurang sedap pulak lantas sy tambah asam jawa, cuka dan belacan untuk menyedapkannya. Fullamak! Yg ni baru betul-betul hisap jari.Bukan setakap hisap jari mula sibuk cari buah ni bila ke pasar. Maka jadilah penggemar buah binjai.Siap pesan lagi kat suami kalu jumpa tolong beli. Waktu tu suami tanya "awak makan ke"...dan ada lah sekali dia balik bawa buah binjai..

2009, tak masuk musim lagi, sy sibuk bertanya "buah binjai tak dak lagi ke?"... he...he...he... dah terindu-rindu pulak.Bulan jun baru ni sampai la hajat. Kawan kat sekolah beri sebiji, dah sampai lembik buah tu dok cium kat sekolah. Sedapnya bau,,, teruja nak makan . Tak sabar nak balik makan kat rumah. Sampailah hajat..Mula la tercari-cari kat pasar tani. Di pasar tani kuala besut Rm3 sebiji yg besar dan yg kecil Rm 2. Terasa mahalnya.. Tak lah beli. Tahan je la... Bila cerita kat kawan sekolah, Dia tanya "awak suka ke?" . "Nanti sy wat mari". Pucuk dicita ulam mendatang.
Maka sampailah hajat makan binjai. Ingatkan dah puas hati, Tapi dua tiga hari lepas tu siap suruh suami beli kalu terjumpa. Layan ke tidak permintaanku kali ini .entah....


satu malam sewaktu suami mengajar kelas malam dia telefon tanya "nak ke buah binjai, ada jual depan sekolah". Apa lagi "nak la"." Berapa biji nak ?"tanyanya . "Berapa ringgit sebiji?" tanyaku. Suami kata" RM 2 sebiji yg besar". Bila suami bawa balik "Ya Allah besarnya" jauh lebih besar dr yg sy lihat di pasar tani. Katanya "ingat bini la ni beli" dalam hati rasa kembang gak la pipi... "ingat bini la ni beli 3 biji, kalu ingat ke "gewe" beli banyak lagi" .... Aduh mak terkena. Tapi kerana buah binjai punya pasal tak dak la saya marah dengan kata-kata tu...

Lepas tu dia keraplah ajak ke pasar malam. "nak cari apa ?".... "Beli buah binjai lah..." Rupanya syg gak lah suami kita kat kita ni. Lalu mula la merayap ke pasar2 malam untuk mencari buah binjai. malam isnin di kg raja, malam selasa di gong bayur, malam khamis di alur lintang, pagi jumaat di kuala besut. Dah betul-betul jadi hantu buah binjai .Puas hati betul dapat makan. Pagi isnin tu pulak suami beli di sekolah. Sampai guru sekolahnya tanya "mung ngandung ke Ymn?". Seminggu lepas tu suami pulak tanya "awak ngadung ke?".... Sy kata "ngadung bendanya, kalu bab2 makan asam ni sy tak nanti mengandung memang berahi sejak dulu mengalahkan ppuan ngandung...... Dah tu , dia pulak tukang kupas, sy seorang yg makan . Nasib baik org lain dalam rumah ni tak suka jadi habis saya bedal...he..he..he.. dah ada org yg tolong kupas....apa lagi la kan... ee manjanya...

itu cerita minggu lepas . buah binjai pun tak terliur dah. dalam petipun masih ada sebiji. Suami tanya "nak lagi?" "tak payah dah nak putus lidah"...


Hari ni, pekerja lelaki sekolah tanya "kak ze ngandung ke?" Pk Ko yg ada di sebelah tengok kat muka sy dan bertanya, ingin kan kepastian.... Sy tanya balik "bakpa?" "ai mata kita ni tengok ,rasa macam ngadung" Pk Ko tanya tengok mana? lagu mana?.....sy pun tak kata apa2 . Harap2 apa yg dikatanya benar belaka............. Harap-harap ketagih nak makan buah binjai ni akan membuahkan hasilnya........

Feb 2009 dulu pun sewaktu sy pergi berurut kerana sakit dalam perut "pak bidan" kata sy ngandung gak ."jaga molek nak jadi dah ni"..... tapi smpai la ni tak ada apa. Masa tu berharaplah gak..... Yg ni , tak nak la menaruh harapan tinggi lagi, takut tak menjadi ......

July 14, 2009

Hadiah Harijadi Yang Paling "Manis"

Setiap orang mengharapkan hadiah setiap kali hari jadi(Mungkin)
Begitu juga dengan diriku. Sentiasa mengharapkan nya sejak dulu2 biarpun tahu jarang nak dapat. Dah tua2 ni pulak payahlah nak dapat...

Tup..Tup.. harijadi yg ke-43 ni pulak dapat hadiah . Dah tu kena jaga pulak , tak boleh nak perlekehkannya. Dan yang lebih teruk lagi ianya menakutkan diriku sendiri....

"Gula dalam darah puan 11.7"... Sah kena "Kencing Manis" .Tepat pada hari lahir ku... huh...huh...huh.Patut la akhir-akhir ni aku asyik rasa dahaga dan sering nak minum air manis. Seingat-ingatku dalam Sejarah keluarga tiada pulak, Buat all my sis and bro ,please jaga kesihatan... Ni baru naik ke 60 kg dah dapat 1 hadiah, takut bertambah berat nanti dapat lagi beberapa hadiah. minta-minta di jauhkan....

June 19, 2009

"Naik Rumah"

12 Jun 2009 genap 3 bulan kami duduk rumah baru.Semasa mula-mula duduk 12 Feb 2009 kami cuma buat solat hajat dan jemput keluarga terdekat. Maaf la keluarga terdekat yang "jauh" tak terjemput....

gege kawe-kawe sekolah kerana tak jemput demo ke majlis naik rumah baru. Masing2 suruh sembelih lembu..... Dalam perancangan kami suami-isteri memang la nak buat kenduri kesyukuran tapi memikirkan tak berapa reti nak urus itu yang kami tangguhkan dulu.... kebetulan abg har sarankan buat skali dengan kesyukuran sempena anak dpt belajar, taklah dua tiga kali buat "makan".... penat katanya.
Memikirkan saranan abg har, kami tunggu sehinggalah anak sulong dapat tawaran....

Maka jadilah jugak kami buat kenduri kesyukuran "sembelih lembu". Masak kat rumah baru di tolong oleh sedara-mara dan rakan2.... Terima kasih Na atas bantuan yg tidak terhingga walaupun payah anak kecil. Terima kasih juga atas pinjaman peralatn kenduri. Tak lupa terima kasih sekali lagi atas "sponsor" yg diberikan.Sebenarnya kehadiran awak amat diperlukan Tertunailah hajat sendiri dan kawe2 yang dok suruh sembelih lembu. Yg tak tercapai hajatku ialah,hajatnya kali ini nak ajak semua sedara mara terutama adik beradik, yang menetap di KL la yg tak terjemput bukannya apa sebab jauh takut menyusahkan.harap2 dapat jemput lain kali.....


Malam kenduri, anak-anak Na bermalam di rumah. Sukanya hati tak terhingga. sekurang2nya ada la juga wakil dari ahli keluargaku walaupun hanya"tetamu kecil". Tidak la terasa sangat mengenangkan sebelum ni semasa di rumah sewa sering dikunjungi "keluarga arwah" yg tak pernah aku undang.Kalau belah suami ok la....

Terima kasih kepada semua yg datang menyeri terutama mek, keluarga b , keluarga nun. Keluarga Na.... mesti la. Terkilan kerana keluarga jah tak dapat hadir kecuali keluarga ct. Terima kasih sekali buat Na tersayang kerana melayan ahli keluarga. Maaf kepada semua kerana tak dapat layanan sepenuhnya dari tusn rumah. Al- maklum ramai gak tetamu undangan yg kami belum kenal sangat(Jiran2 baru) jadi kenalah "bertemu mata".... di khemah.

Sungguhpun rumah baru, rumah ibubapa di kg tetap di hati...abadi. Cuma keputusan bina rumah di sini kerana "melarikan diri" dari situasi yg menyesakkan dada selama hampir 6 tahun terpaksa menerima tohmahan dan sindiran......sukarnya menepis segala dugaan.

Moga2 rumah baru menjadi "RUMAHKU SYURGAKU" tempat untukku berlindung dan menumpang kasih sementara menunggu ajal menjemput.

May 17, 2009

guru oh guru......

Jika hari ini seorang menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru.....

.........

Guru...dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
Dalam tawa ada mesranya
Dalam diam ada bijaksana
Dalam tangannya kita terbina...

...............

Adakala kita dicaci,
adakala kita dimusuhi,
adakala kita dimarahi,
adakala kita tidak dihargai,
Tapi.....
kita tetap tersenyum pilu,
kita tetap mara melangkah,
kita tetap sabar dan tekun,
kita tetap jitu dan ikhlas....

......
Dulu DIA rotan, kau kat DIA garang,
bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas,
bila DIA marah2, kau kata DIA melampau,
KINI, KAU adalah DIA....

--------
Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia...
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata...
Dapat PEMADAM?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta...
Dapat MESEJ?
Tanda guru selalu diingatan.....



Selamat hari guru buat semua...

May 8, 2009

ibu bapa mesti up-to date

dalam menempuh dunia global sedar tak sedar, rupa-rupanya kita ibu bapa masih kurang ilmu.....
walaupun kita dalam dunia pendidikan, masih banyak yang kita tak tau terutama dalam menentukan pendidikan anak-anak...

bila anak sulong kami, bakal menempuh pendidikan tinggi selepas spm, kami bagai hilang arah, tak tahu mana nak pilih terutama bila tgok anak orang lain dah dapat tawaran yang mereka pilih, anak kami pula tak dapat jurusan yang dia nak.Tambahan pulak ada org beri pandangan begitu dan begini., yg tiada kesudahannya sehingga kami juga buntu memikirkannya.bagai kucing hilang anak saya menelefon adik beradik tanya pendapat, mujur ada juga tempat untuk merujuk... tq sis/bro for that. bukan apa saya kesian kan my hubby... walaupun dia nampak biasa tapi saya tau dia tertekan. al-maklum anak sulong . tentulah dia mengharapkan yg terbaik untuk si sulong kerana dialah yang akan menjadi pendorong adik-adiknya nanti.

sy juga kasihankan anak sulong kami.... saya tau dia juga tertekan. nasib la dia anak yang baik, hanya menurut apa yang kami sarankan, tak pernah membantah. moga-moga long dapat apa yang dicita-citakanya.

dalam termanggu kami masih mengharap agar long akan mendapat tawaran yang lebih baik dr yang telah diterima. kami masih menunggu...... tawaran jpa hanya akan dapat diketahui selepas pukul 3 ptg ni, lagi setengah jam.... tak lalu makan kami dibuatnya. harap-harap permohonannya berjaya meleraikan kekusutan kami...

kalu tak berjaya apa yang boleh kami buat mungkin ada kesilapan kami ....... apapun hari isnin ini, kami telah putuskan untuk ke matrik pahang kecuali ada tawaran yang terbaik untuknya.

Selepas ini kena lah timba ilmu pasal pendidikan tinggi.Moga-mogajadi pengajaran buat kami untuk anak-anak yang akan datang......