September 26, 2009

"dilema oh dilema"

Rasa-rasanya hidupku memang terbelenggu dengan dilema...dah nasib badan "apa nak buat"... Masuk je bulan puasa , kepala ku terus berputar ligat memikirkan bagaimanakah rayaku kali ini. Hati memanglah nak balik raya di GS bersama mek dan keluarga terciNta yang bakal pulang berhariraya....tapi apakan daya situasi tidak mengizinkan.

kalau balik seorang tak ada makna perkahwinan ini...(sedangkan itulah yg terlintas dibenakku, tapi kalau aku buat begitu tentu orang kata zalim meninggalkan suami dan anak-anak tiri). sedangkan raya "lima tahun" yang aku lalui cukup memilukan tanpa sebuah keluarga yg lengkap. apa lagi bila melihat saudaraku begitu gembira dengan keluarga masing-masing.Aku hanya mampu menyibukkan diri di dapur untuk menghilangkan rasa resah. Cukuplah,aku tak sanggup lagi untuk menempuhnya. Aku memang tak sanggup untuk bersendirian seperti dulu. Kalau orang lain tak mahu kahwin tak taulah . Aku memang tak sanggup untuk menempuhnya sekali lagi hanya kerana bergaduh nak pulang raya. Biarlah ku pendam keseronokkan raya bersama ahli keluargaku.... doaku moga-moga Allah akan makbulkan juga hasratku suatu hari nanti.

Malas nak berebut suami dengan anak-anak. aku nak beraya dengan suamiku di GS, anak-anak pula nak beraya dengan ayah mereka di Dabong. Kasihan suamiku.Kalau aku berkeras tentu suami akan beraya denganku tanpa anak-anaknya. tentu aku yg dianggap tak adil malah zalim .....

Keputusannya kami beraya dirumah sendiri belah pagi dan pulang rumah keluarga belah petang.Membiarkan anak2 pulang sendirian ke rumah datuk mereka. Dalam hati seronoklah tapi bila tengok suami bengang semacam bila anak2anak tiada, berkurung dalam bilik kat atas, pas tu asyik telefon mereka je, tiada gunanya juga. Nak tak nak beraya sekejap je la dengan keluarga sendiri.Ingatkan anak-anak bolehlah beraya lama sikit dengan datuknya tapi suami pulak yg tak boleh berenggang dengan anak.Maka aku hanya dapat sehari bersama keluargaku dan anak2 juga dapat sehari bersama datuknya. ....

Buat panduan semua jagalah suami/isteri jangan sampai bercerai- berai kerana mengikut pengalamanku perkahwinan kali kedua walaupun banyak yg lebih baik dari dulu tapi kena banyak berkorban perasaan....

Terima kasih buat keluarga abang mad, terutama kak ani kerana banyak membantu mek yang tak dapat aku laksanakan kali ini....(Malam raya termenangis sendirian teringatkan mek sibuk nak buat persiapan raya )

Buat anak sedara tersayang , kalu boleh kembalilah bersatu dengan suami, kasihan anak-anak yg kehilangan ayah di pagi raya , sayu pilu hati ini melihatnya. meskipun anak-anak belum mengerti tetapi nampak diwajahnya yg berlainan apabila ibubapa anak2 lain ada bersama. Buang yang keruh ambillah yg jernih. Jangan diungkit perkara lalu, jadikan lah teladan. hati sukar dibohongi sebenarnya, berilah peluang kedua untuk memperbaiki diri. Janganlah kita ego semata-mata nak tunjukkan kita keras atau benar. Dengarlah bisikan kata hati sendiri..... carilah peluang atau orang yg disegani untuk berbincang demi kehidupan kita dan anak-anak. Nak membina perkahwinan semula dengan yg lain kena fikir banyak perkara terutama anak2.