September 26, 2009

"dilema oh dilema"

Rasa-rasanya hidupku memang terbelenggu dengan dilema...dah nasib badan "apa nak buat"... Masuk je bulan puasa , kepala ku terus berputar ligat memikirkan bagaimanakah rayaku kali ini. Hati memanglah nak balik raya di GS bersama mek dan keluarga terciNta yang bakal pulang berhariraya....tapi apakan daya situasi tidak mengizinkan.

kalau balik seorang tak ada makna perkahwinan ini...(sedangkan itulah yg terlintas dibenakku, tapi kalau aku buat begitu tentu orang kata zalim meninggalkan suami dan anak-anak tiri). sedangkan raya "lima tahun" yang aku lalui cukup memilukan tanpa sebuah keluarga yg lengkap. apa lagi bila melihat saudaraku begitu gembira dengan keluarga masing-masing.Aku hanya mampu menyibukkan diri di dapur untuk menghilangkan rasa resah. Cukuplah,aku tak sanggup lagi untuk menempuhnya. Aku memang tak sanggup untuk bersendirian seperti dulu. Kalau orang lain tak mahu kahwin tak taulah . Aku memang tak sanggup untuk menempuhnya sekali lagi hanya kerana bergaduh nak pulang raya. Biarlah ku pendam keseronokkan raya bersama ahli keluargaku.... doaku moga-moga Allah akan makbulkan juga hasratku suatu hari nanti.

Malas nak berebut suami dengan anak-anak. aku nak beraya dengan suamiku di GS, anak-anak pula nak beraya dengan ayah mereka di Dabong. Kasihan suamiku.Kalau aku berkeras tentu suami akan beraya denganku tanpa anak-anaknya. tentu aku yg dianggap tak adil malah zalim .....

Keputusannya kami beraya dirumah sendiri belah pagi dan pulang rumah keluarga belah petang.Membiarkan anak2 pulang sendirian ke rumah datuk mereka. Dalam hati seronoklah tapi bila tengok suami bengang semacam bila anak2anak tiada, berkurung dalam bilik kat atas, pas tu asyik telefon mereka je, tiada gunanya juga. Nak tak nak beraya sekejap je la dengan keluarga sendiri.Ingatkan anak-anak bolehlah beraya lama sikit dengan datuknya tapi suami pulak yg tak boleh berenggang dengan anak.Maka aku hanya dapat sehari bersama keluargaku dan anak2 juga dapat sehari bersama datuknya. ....

Buat panduan semua jagalah suami/isteri jangan sampai bercerai- berai kerana mengikut pengalamanku perkahwinan kali kedua walaupun banyak yg lebih baik dari dulu tapi kena banyak berkorban perasaan....

Terima kasih buat keluarga abang mad, terutama kak ani kerana banyak membantu mek yang tak dapat aku laksanakan kali ini....(Malam raya termenangis sendirian teringatkan mek sibuk nak buat persiapan raya )

Buat anak sedara tersayang , kalu boleh kembalilah bersatu dengan suami, kasihan anak-anak yg kehilangan ayah di pagi raya , sayu pilu hati ini melihatnya. meskipun anak-anak belum mengerti tetapi nampak diwajahnya yg berlainan apabila ibubapa anak2 lain ada bersama. Buang yang keruh ambillah yg jernih. Jangan diungkit perkara lalu, jadikan lah teladan. hati sukar dibohongi sebenarnya, berilah peluang kedua untuk memperbaiki diri. Janganlah kita ego semata-mata nak tunjukkan kita keras atau benar. Dengarlah bisikan kata hati sendiri..... carilah peluang atau orang yg disegani untuk berbincang demi kehidupan kita dan anak-anak. Nak membina perkahwinan semula dengan yg lain kena fikir banyak perkara terutama anak2.

5 comments:

  1. CZ..Ida rasa masalah berebut nok kelik rumoh sapo dulu time rayo hampir menjadi masalah kpd semuo hok nikoh. Ida pun tiap2 tahun gitu jgk, rasanyo sejak nikoh tiap kali time rayo lepas minta maaf dgn 'kekanda', pahtu 'mucung' selalu..heheheh. Kalu 1st day rayo rumoh 'kekanda', bilo nok balik PC jah, cepat2 kemas baju. Tapi, bila 1st day rayo PC, nok kelik rumoh kekando pulok... nyok, nyek,nyok, nyek, nyipe baju...tiehee..hee..hee..

    ReplyDelete
  2. kalu berebut ngan suami je biasalah, ragam suami isteri..sistem giliran pasti memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Ni terpaksa berebut ngan anak-anak lagi... itu yg parahnya. kalau suami berebut nak beraya di rumah mak dia kita tak kisah sangat, sebab mertua kita ,yg jadi susahnya suami selalu nak ikut anak-anak balik beraya dirumah mertuanya dahulu itu yg tak rela..

    suami cze sepanjang 16 tahun perkahwinan beraya di rumah mertua kerana ikut anak-anak. Tapi bila cze compplain minta beraya di rumah ibubapa kita, dia kata dengki ngan orang yg dah mati... itu kata-katanya tahun pertama kahwin dulu. sekarang ni tak pernah bincanglagi pasal nak raya mana...

    ReplyDelete
  3. cik ze, huhu..panjang nak cerita. dulu masa pujuk dia dekat sebulan, dia buat tak tahu je. rasa macam mana? serik? serik sangat. nak balik, entahlah..dia selalu kata ala budak2 ni faham nanti. tapi dia tak tahu auni nangis sampai sekarang. susah lah. rasa macam tawar sgt hati. dia sendiri ckp, memang dia yang nak bercerai. nak bincang? rasa dah jerih pujuk dia. rasa berbincang pun tak ke mana. kenapa mesti kita je yg pujuk dia..dah lah..kakak ipar pun dah puas nangis.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa mcm nak bersorak krn awak merasa apa yg saya rasa..tp bkn itu sbbnya saya bersetuju awak mengahwini Y..

    Mmg perkahwinan kita tidak sama dgn yg lain..kita membina keluarga di atas apa yg tlh dibina..

    Dilema kita hy kita yg memahaminya..atau tidak kita memahaminya..kalau tidak tentu hati kita tidak memberontak..mengapa begini dan begini..sukar utk diceritakan kpd yg lain..dan sukar utk org yg tidak menanggungnya memahaminya..

    Tp apa yg berlaku dlm hidup kita semuanya tlh ditentukan olehNya..dptkah kita memilih hidup kita begini dan begini..wp sebahagiannya atau kebanyakannya kita blh putuskan ttp muktamadnya adalah ketentuanNya..

    InsyaAllah Aini kat Mekah nanti kita doakanlah agar Allah swt yg Maha Gagah Lagi Maha Perkasa memberikan yg terbaik buat Aini dan anak2 serta Y serta semua..Allahlah Yg Maha Tahu dan Maha Penentu..serahkan segala2nya kpd Dia..

    ReplyDelete
  5. dah beberapa minggu dok post comment tak leh2.jabi ni teruk sikit internet.
    masalah semua org sama je noje macam kata nida jglah kalau tiba bab nak balik raya ni.
    saya pun gitu jg kalu raya jteh, ptg raya ptama mesti balk GS. kalu raya GS tu raya kdua baru mai jteh cuba lengah2kan masa. tapi nak kata guano bila suami kata nak raya jteh th ni sebab adik2nya semua balik. kesian kat mek dok mengadu anak2 semua tak nak blk raya ptama umah dia.raya kdua baru nak balik.bila sy cakap abg mad kan ada,dia cakap tak bawa balik krta.saya pun rasa mek mesti nak gi shopping psiapan raya sblm raya ari tu.
    kalu fikir bab nak raya mana,mmg selalu rasa pening.kalu ngundi anak2 mesti cakap nak raya jteh,saya kalah sokmo.suami plak kata dah ada umah sdiri raya lah umah sdiri dulu.Mungkin MH ni pulak anak sulung sbb tu ayah rapat dan byk bgantung dgn dia.org2 kg dan adik2 dia pun suka nak beraya rumah kita org.mmg org kg sini suka kunjung mengunjungi kalu ari raya.pagi raya tu mesti penuh rumah ayah dgn jiran tetangga dan sanak sedara.umah ayah kan sebelah surau,jd slps solat raya mesti makan sate umah ayah dululah.kita pun sama naiklah melayan tetamu,buat2 sibuk utk mhilangkan rasa rindu nak raya gs.
    takpala raya mana2 pun.
    saya harap awak sentiasa tabah.....

    ReplyDelete