June 19, 2009

"Naik Rumah"

12 Jun 2009 genap 3 bulan kami duduk rumah baru.Semasa mula-mula duduk 12 Feb 2009 kami cuma buat solat hajat dan jemput keluarga terdekat. Maaf la keluarga terdekat yang "jauh" tak terjemput....

gege kawe-kawe sekolah kerana tak jemput demo ke majlis naik rumah baru. Masing2 suruh sembelih lembu..... Dalam perancangan kami suami-isteri memang la nak buat kenduri kesyukuran tapi memikirkan tak berapa reti nak urus itu yang kami tangguhkan dulu.... kebetulan abg har sarankan buat skali dengan kesyukuran sempena anak dpt belajar, taklah dua tiga kali buat "makan".... penat katanya.
Memikirkan saranan abg har, kami tunggu sehinggalah anak sulong dapat tawaran....

Maka jadilah jugak kami buat kenduri kesyukuran "sembelih lembu". Masak kat rumah baru di tolong oleh sedara-mara dan rakan2.... Terima kasih Na atas bantuan yg tidak terhingga walaupun payah anak kecil. Terima kasih juga atas pinjaman peralatn kenduri. Tak lupa terima kasih sekali lagi atas "sponsor" yg diberikan.Sebenarnya kehadiran awak amat diperlukan Tertunailah hajat sendiri dan kawe2 yang dok suruh sembelih lembu. Yg tak tercapai hajatku ialah,hajatnya kali ini nak ajak semua sedara mara terutama adik beradik, yang menetap di KL la yg tak terjemput bukannya apa sebab jauh takut menyusahkan.harap2 dapat jemput lain kali.....


Malam kenduri, anak-anak Na bermalam di rumah. Sukanya hati tak terhingga. sekurang2nya ada la juga wakil dari ahli keluargaku walaupun hanya"tetamu kecil". Tidak la terasa sangat mengenangkan sebelum ni semasa di rumah sewa sering dikunjungi "keluarga arwah" yg tak pernah aku undang.Kalau belah suami ok la....

Terima kasih kepada semua yg datang menyeri terutama mek, keluarga b , keluarga nun. Keluarga Na.... mesti la. Terkilan kerana keluarga jah tak dapat hadir kecuali keluarga ct. Terima kasih sekali buat Na tersayang kerana melayan ahli keluarga. Maaf kepada semua kerana tak dapat layanan sepenuhnya dari tusn rumah. Al- maklum ramai gak tetamu undangan yg kami belum kenal sangat(Jiran2 baru) jadi kenalah "bertemu mata".... di khemah.

Sungguhpun rumah baru, rumah ibubapa di kg tetap di hati...abadi. Cuma keputusan bina rumah di sini kerana "melarikan diri" dari situasi yg menyesakkan dada selama hampir 6 tahun terpaksa menerima tohmahan dan sindiran......sukarnya menepis segala dugaan.

Moga2 rumah baru menjadi "RUMAHKU SYURGAKU" tempat untukku berlindung dan menumpang kasih sementara menunggu ajal menjemput.

5 comments:

  1. comelnya rumah baru, insyaallah kalu balik nanti nak gi jalelah rumah CZ.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH CIK ZE...CANTIK UMAH...NATI BILA ADA KELAPANGAN....SAMPAI LA ORG PERLIS NIH KAT SANA....

    ReplyDelete
  3. cantik betul rumah baru. bestnya dapat duduk rumah baru, mulakan segalanya dgn azam baru.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, suatu hari nanti kalu ada jodoh sampailah saya ke rumah awak tu..
    Sabar menanti..istana menanti..pasti..

    ReplyDelete
  5. sy terasa yg amat kerana tak byk dpt tolong awak.kalau masa saya dulu awak byk tolong.awak dulu boleh tido umah saya. saya pun teringin jg tido umah awak,tp tak selesa dgn anak kecil sebenarnya.apapun tahniah kerana bjaya buat kenduri. bila nak gi jalan2 sama2 pulak ye samada ke c.highland atau ke mana2 destinasi lain?

    ReplyDelete