August 17, 2009

"Binjai"

Buah apa ni? Tak tau la my sis and anak buah kenal ke tidak buah ni....
Me? Sejak kecil lah kot. Cuma tak ingat ketika usia berapa? Yang ingatnya arwah abah gemar buah ni. Dia potong kecil dan jeruk dalam guri(bubuh Garam). Setiap kali makan nasi ,dia ambik sekeping bubuh dalam budu... rasa-rasanya sekeping sekali make nasi. ingat-ingat lupa... tapi buah binjai tu tak pernah la lupa. Cuma waktu tu ,tak terasa pun nak makan buah binjai ni. Tak terliur pun.

Rupa paras buah itu sendiri tidaklah "mengiurkan" . Dengan warnanya "koko" lebih kurang bentuk buah macang atau pauh.Isinya putih lembik. Baunya ya Allah busuknya...

2007.sy berpindah sekolah ke sk bkt Awang, sebuah sekolah terpencil di daerah PP.
Waktu itu kawan-kawan kat sekolah asyik makan colek buah binjai.Buah binjai dipotong kecil dan ditabur dengan gula dan garam. Tengok dia orang makan dengan meleleh dicelah-celah jari, rasa "jijik" gak la.Apa lagi bila tengok dia orang "kulum" biji yg hampir sama besar dengan buah, pas tu jilat-jilat pulak jari , Ya Allah gelinya. Tak terliur langsung.

2008 sekali lagi bila tiba musim buah binjai, ramailah dok makan buah ni kat sekolah.Tak terliur pun nak makan. bila di ajak kawan-kawan, sy cakap tak reti nak makan buah binjai sebab dulu selalu tengok arwah abah makan dengan nasi.Last-last try la jugak makan. Tak da la sedap sangat... boleh la makan tapi tak lah sampai meleleh kat jari seperti kawan-kawan makan. Baunya tak la busuk sangat, boleh la cium.

Sewaktu ke Temangan untuk menyaksi 4x4 , ternampaklah buah ni dijual di tepi jale di Machang. 4 biji RM 10 ringgit. Mahalnya mengalahkan buah epal. Tapi hati tertarik nak beli, jadilah juga beli 2 biji.Bila balik rumah , cubalah buat seperti yang kawan-kwan makan. rasa kurang sedap pulak lantas sy tambah asam jawa, cuka dan belacan untuk menyedapkannya. Fullamak! Yg ni baru betul-betul hisap jari.Bukan setakap hisap jari mula sibuk cari buah ni bila ke pasar. Maka jadilah penggemar buah binjai.Siap pesan lagi kat suami kalu jumpa tolong beli. Waktu tu suami tanya "awak makan ke"...dan ada lah sekali dia balik bawa buah binjai..

2009, tak masuk musim lagi, sy sibuk bertanya "buah binjai tak dak lagi ke?"... he...he...he... dah terindu-rindu pulak.Bulan jun baru ni sampai la hajat. Kawan kat sekolah beri sebiji, dah sampai lembik buah tu dok cium kat sekolah. Sedapnya bau,,, teruja nak makan . Tak sabar nak balik makan kat rumah. Sampailah hajat..Mula la tercari-cari kat pasar tani. Di pasar tani kuala besut Rm3 sebiji yg besar dan yg kecil Rm 2. Terasa mahalnya.. Tak lah beli. Tahan je la... Bila cerita kat kawan sekolah, Dia tanya "awak suka ke?" . "Nanti sy wat mari". Pucuk dicita ulam mendatang.
Maka sampailah hajat makan binjai. Ingatkan dah puas hati, Tapi dua tiga hari lepas tu siap suruh suami beli kalu terjumpa. Layan ke tidak permintaanku kali ini .entah....


satu malam sewaktu suami mengajar kelas malam dia telefon tanya "nak ke buah binjai, ada jual depan sekolah". Apa lagi "nak la"." Berapa biji nak ?"tanyanya . "Berapa ringgit sebiji?" tanyaku. Suami kata" RM 2 sebiji yg besar". Bila suami bawa balik "Ya Allah besarnya" jauh lebih besar dr yg sy lihat di pasar tani. Katanya "ingat bini la ni beli" dalam hati rasa kembang gak la pipi... "ingat bini la ni beli 3 biji, kalu ingat ke "gewe" beli banyak lagi" .... Aduh mak terkena. Tapi kerana buah binjai punya pasal tak dak la saya marah dengan kata-kata tu...

Lepas tu dia keraplah ajak ke pasar malam. "nak cari apa ?".... "Beli buah binjai lah..." Rupanya syg gak lah suami kita kat kita ni. Lalu mula la merayap ke pasar2 malam untuk mencari buah binjai. malam isnin di kg raja, malam selasa di gong bayur, malam khamis di alur lintang, pagi jumaat di kuala besut. Dah betul-betul jadi hantu buah binjai .Puas hati betul dapat makan. Pagi isnin tu pulak suami beli di sekolah. Sampai guru sekolahnya tanya "mung ngandung ke Ymn?". Seminggu lepas tu suami pulak tanya "awak ngadung ke?".... Sy kata "ngadung bendanya, kalu bab2 makan asam ni sy tak nanti mengandung memang berahi sejak dulu mengalahkan ppuan ngandung...... Dah tu , dia pulak tukang kupas, sy seorang yg makan . Nasib baik org lain dalam rumah ni tak suka jadi habis saya bedal...he..he..he.. dah ada org yg tolong kupas....apa lagi la kan... ee manjanya...

itu cerita minggu lepas . buah binjai pun tak terliur dah. dalam petipun masih ada sebiji. Suami tanya "nak lagi?" "tak payah dah nak putus lidah"...


Hari ni, pekerja lelaki sekolah tanya "kak ze ngandung ke?" Pk Ko yg ada di sebelah tengok kat muka sy dan bertanya, ingin kan kepastian.... Sy tanya balik "bakpa?" "ai mata kita ni tengok ,rasa macam ngadung" Pk Ko tanya tengok mana? lagu mana?.....sy pun tak kata apa2 . Harap2 apa yg dikatanya benar belaka............. Harap-harap ketagih nak makan buah binjai ni akan membuahkan hasilnya........

Feb 2009 dulu pun sewaktu sy pergi berurut kerana sakit dalam perut "pak bidan" kata sy ngandung gak ."jaga molek nak jadi dah ni"..... tapi smpai la ni tak ada apa. Masa tu berharaplah gak..... Yg ni , tak nak la menaruh harapan tinggi lagi, takut tak menjadi ......

3 comments:

  1. Tok kenal buah binjai....letakla gambar..nok suko baco part awal2 yg kwn2 cz make sapa meleleh air di jari dan 'kulum' butir tuh...hahaha..

    ReplyDelete
  2. Bila awak tanya di permulaan tu..saya nak jwb dah, "tgk abah makan jeruk binjai dgn nasi dulu2"..saya pun tak suka makan masa budak2 dulu tu..tp dah dewasa ni ada masa lidah saya dok teringat dan berair jugak..
    Kalu d Penang buah binjai ni lain..ingat dok keropok binjai..rasanya saya pernah bawa balik..wp saya tak pernah tgk buah binjai Penang ni..tp makcik yg jual tu kata buahnya sebesar kelingking dan diketuk utk menjadikanya keropok..
    Saya pun nak tanya, "mung nngandung ke Zang?" bila dah baca nak sampai ke tgh2 tu..
    Tp bila dah sampai ke akhir tu saya nak tanya pulok,"mung dok cari bukti ke?"

    ReplyDelete
  3. Saya tak suka binjai,baunya busuk, sampai skg saya tak makan binjai.cuma kalau nampak binjai saya teringat arwah abah.... saya rasa awak mungkin ngandung,mana tahu, makan lah asid folik utk psediaan awal.

    ReplyDelete